Monday 18 June 2012

aku nekad

30 /3 /2012 jumaat
ak nekad lari dari rumah, sebelom aku wat kejer giler ni, ak dah istikarah dulu, aku mohon dgn Allah, jika aku patut keluar dari rumah keluargaku, biarlah esoknya tidak ada sesiapa pun di rumah, tak kirala apa pun cuacanya, alhamdulillah, Allah permudahkan aku, esok pagi jumaat hujan yg lebat, tidak ada seorang pun ahli keluarga ku di rumah, aku mula mengemas barang2 aku..

aku hubungi bakal housemate aku, baru bangun tido la pula.. tak pa la, aku uruskan sendiri la, aku angkut semua ke dalam viva kecil ku, cuma pakaian n barang2 sekolah yg mustahak, smpai di 827, aku berkemas utk ke sekola pulak, aku namakan teman aku sbgai mas, kemudian kami pergi sekola bersama dan balik.

31/3/2012 sabtu
pagi ni, sekolah aku ada meeting, usai meeting aku n mas pun pulang ke rumah, sekali ni kami balik ke rumah family aku, nekad kali ke 2, mengeluarkan semua barang2 dlm bilik ak, risaunya, abah ada kat umah, tpi aku yakinkan mas, abah aku tak kan peduli, satu2 barang kami keluarkan, tv, radio, rak kecil, tpi abah aku pandang pun tak, sedih nya Allah sja yg tahu.. selesai semua barang di punggah ke rumah sewa baru ku, ak baring dan mengalirkan air mata tanpa sedu sedan, puas mas pujuk utk sejukkan hati aku, tpi hari tu aku tidak berkata sepatah pun, mas suruh makan, aku makan, mas suruh solat, aku solat, last2, mas ajak balik rumah familynya di kuang, aku menurut sahaja tanpa banyak bicara,

malam tu, aku ke kopitiam, utk menyiapkan asgmnt aku, esok hari nk hntr asgmnt, kna wat la jugak, ikut la mas jdi peneman setia, tgh kat kopitiam adik aku tepon, aku just jawab, esok balik..

1/4/2012 ahad
aku tak de mood nk gi kelas, aku just pegi hntr asgmnt jer, smpa kat u, aku pas kat classmate aku then aku balik, spjg hari aku n mas berdebar2 tgu panggilan dari family aku.
seperti yg aku jangka kan, mama tepon malam tu, merayu utk aku pulang, bgitau elok2 , klu nk kuar rumah, jgn kuar mcm anak derhaka, tpi sebelom mama buka mulut , aku dah jelaskan secara terperinci pada mas, kenapa aku bertindak sedemikian rupa, mas benar2 memahami... tak mampu aku nk balas jasamu sahabat, semoga kita bersahabat smpai syurga, insya Allah..